Cari

Tuesday 15 October 2013

bm

Rancangan Mengajar Harian
(Harap maaf, separuh siap)
Mata pelajaran                     : Bahasa Malaysia
Tahun                                                : 3 Adil
Tarikh                                 : 28 Julai 2012
Masa                                      : 8.45 – 9.45 pagi
Bilangan Pelajar                 : 35 orang
Tema                                  : Tumbuh-tumbuhan
Tajuk                                     : “ Kegunaan Pokok Pisang “
Fokus utama                      :                       
Standard Kandungan         :
8.2  Aras 3 ( i )                       : Menulis cerita berdasarkan sesuatu tajuk dengan 
                                             menggunakan pelbagai jenis ayat.
Standard Pembelajaran     :
Fokus Sampingan:           
Standard Kandungan       :
Standard Pembelajaran    
Fokus utama :                    
8.2  Aras 3 ( i )                       : Menulis cerita berdasarkan sesuatu tajuk dengan 
                                             menggunakan pelbagai jenis ayat.
Fokus Sampingan:                       
1..2 Aras 1 ( iii )                     : Menjawab untuk menjelaskan sesuatu perkara yang 
                                                 dikemukan dengan menggunakan bahasa yang santun
           
1..2 Aras 1 ( iii )                     : Menjawab untuk menjelaskan sesuatu perkara yang 
                                                 dikemukan dengan menggunakan bahasa yang santun

Objektif Eksplisit      : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-
1.    Membaca dengan lancar dan sebutan serta intonasi yang betul
2.    Membaca dan mengecam isi-isi penting dari bahan bacaan
3.    Menyatakan sekurang-kurangnya tiga  kegunaan pokok pisang.
Sistem Bahasa        :
·         Tatabahasa  : kata nama am , kata nama khas,
·         Sebutan dan intonasi : Petikan teks
·         Kosa kata     : lepat , pengat, kerepek , cucur
Pengisian kurikulum :
·         Ilmu                            : 1. Kajian tempatan
  2. Pendidikan Agama Islam
  3. Sains
·         Nilai Murni                : Kesyukuran, menghargai, kerjasama, kerajinan
·         Kemahiran Bernilai Tambah
Ø  Kemahiran Berfikir  : 1. Menjana idea
                                      2. Merumus
                                      3. Menghubung kait


Ø  Kemahiran Belajar   :  Menyoal
                                   Membaca dan mencatat
Ø  Kemahiran TMK       : Melayari internet

Ø  Kecerdasan pelbagai  : Visual ruang – mencatat nota

Bahan Bantu Mengajar :
·         Gambar
·         Cakera padat
·         Petikan berita ,petikan lagu
·         Lembaran kerja

Pengetahuan sedia ada :
Murid sudah mengenali pokok pisang kerana mereka pernah  melihat pokok pisang di persekitaran rumah mereka.
Bahan Bantu Mengajar :
·         Petikan teks
·         Gambar
·         Kad gambar
·         Kad perkataan
·         Teka silang kata
·         Laman sesawang kegunaan tumbuh-tumbuhan(internet)
                                     




Langkah /
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P & P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
1.Pantun teka –teki
Ada  satu benda ,
Buahnya kuning manis rasanya,
Daunnya panjang berpelepah pula,
Kalau pandai cubalah teka .
 
 





2.Contoh Soalan
i.Bagaimanakah bentuk buah ini ?
ii.Apakah warna isi buah ini ?
Jawapan : Buah Pisang
1.Murid mendengar teka-teki yang sebut oleh guru.
2.Murid bersoaljawab dengan guru tentang teka-teki tersebut.


Pengisian kurikulum:
Kecerdasan pelbagai
Nilai :
Keberanian
Kerjasama


Langkah 1

 (10 minit )

Petikan Teks
(Rujuk Lampiran 1)
Contoh Soalan :
1. Apakah kegunaan daun pisang?
2.

1.Murid membaca petikan yang diedarkan oleh  guru dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.Murid bersoaljawab dengan guru tentang petikan tersebut.


Kecerdasan Pelbagai:
Verbal-Linguistik
Teknik :
Perbincangan
Kemahiran
Belajar:
Menyoal
Kemahiran Berfikir :
Menghubung-
kait

Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Langkah 2
( 15 minit)

Petikan
1. Isi-isi Penting

1. Murid berada dalam kumpulan yang telah dibahagikan.
2.Murid mendengar arahan guru.dan berbincang dalam kumpulan serta menyenaraikan isi-isi penting
4.Murid menyenaraikan isi-isi penting dalam bentuk
peta minda.
5.Murid membentangkan  hasil perbincangan setiap kumpulan.

Kemahiran Belajar:
a.Membaca dan mencatat
b.Menyoal
Kemahiran Berfikir:
Pengurusan Grafik
Kemahiran Fasilitator: 
Membimbing dan memerhati

Langkah 3
(15 minit)
Kegunaan bahagian-bahagian
pokok pisang
-       Batang – rakit
-       Daun pisang
- kuih  lepat
- pembalut makanan
      -    Buah pisang
           - pengat
           - kerepek
      -    Jantung pisang
           – ulam  dan kerab
1.Murid menulis  penerangan ringkas tentang kegunaan bahagian-bahagian pokok pisang  berdasarkan gambar didalam lembaran
kerja.
2.Murid membina lima ayat tentang kegunaan pokok pisang berpandukan petikan dan gambar.didalam lembaran kerja

Kemahiran Belajar:
Pembenta -ngan hasil tugasan
Kemahiran Mentafsir dan Menilai :
Mengisi boranmg penilaian
Kemahiran Berfikir:
                                                                            
  
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan






Sejarah linguistik

Sejarah Perkembangan Linguistik
Zaman Yunani
  • Orang Yunani orang pertama yang terlibat dalam pengkajian linguistik.
  • Pengkajian bermula pada 500 tahun sebelum masihi.
  • Kajian bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran falsafah.
  • Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, pada abad ke-6 Sebelum Masihi
  • Tokoh pengkajian bahasa zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle.
  • Plato ahli falsafah yang pertama menyelidik bahasa melalui karyanya berbentuk di Cratylus.
  • Cratylus menerangkan bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya.
  • Plato pula menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dan kata kerja.
  • Plato meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada prediket dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.
  • Zaman aristotle 384-322 sebelum masihi. Tambah satu lagi pembahagian tatabahasa iaitu kata penghubung.
  • Aristotle memperkembangan falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato.
  • Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah menganggap bahawa fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi.
  • Pada zaman yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Kaedah kajian bersifat logik dan tidak saintifik.
Zaman Iskandariah
  • Pada abad ke-3 tahun masihi. Merupakan sebuah tanah jajahan Yunani.
  • Penumpuan bahasa lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan.
  • Mengkaji sistem fonetik dan membahagi kepada adverb, perticipal, ganti nama dan kata depan.
  • Memperkenalkan bidang sintaksis iaitu ayat merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.
Zaman Rom
  • Mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh.
  • Mengambil ilmu bahasa kajian bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin.
  • Perubahan sistem bahasa Yunani kepada bahasa Latin.
  • Kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu bahasa.
Zaman Pertengahan
  • Dikenali sebagai zaman Renaissance. Mula mengkaji bahasa termasuk tatabahasa vernakular
  • Menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa
  • Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasteraan.
  • Pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang.
  • Golongan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman.
  • Mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.
Zaman Arab
  • Perkembangan di Baghdad setelah eropah mengalami zaman gelap.
  • Ahli fikir yang terdiri daripada sarjana Islam yang mendapat sokongan daripada pemimpin mereka.
  • Kajian tertumpu kepada Al-Quran dan ilmu fonetik berkembangan menjadi pesat dan hampir menjadi sempurna.
Zaman India
  • Bahasa Sanskrit digunakan memberi kesan yang besar kepada ilmu linguistik.
  • Bahan kajian tidak berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda.
  • Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis
  • Pembaharuan yang dibuat ialah mengkaji bahasa secara saintifik.
Zaman Linguistik Bandingan
  • Permulaan kepada linguistik moden pada abad ke-19.
  • Berkembang kepada bidang baru iaitu antropologi dan sosiologi.
  • Pendekatan kajian berdasarkan bukti nyata
  • Mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.
  • Hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.
  • Ahli bahasa pada zaman ini mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi.
  • Hukum baru mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.
Zaman Moden
  • Pada abad ke-20.
  • Pengkajian ilmu bahasa lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik huraian.
  • Lebih bersistematik yang menekankan kepada sinkronis dan diakronis.
  • Pengkaji mengeluarkan satu teori baru iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.




SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 SM hinggalah ke hari ini Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden.

Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu

SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK


Dalam sejaran ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.
Tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.
Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.
Secara umumnya, kita dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik


UPSR

CONTOH KARANGAN UPSR 2

HARI SUKAN SEKOLAH SAYA

Sukan sekolah yang telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 13 April 2012 yang lalu . Hari sukan sekolah saya telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG sekolah iaitu En Ahmad Segan bin Silu.Semasa ucapannya En Segan menyatakan bahawa sukan merupakan kegiatan yang boleh menyihatkan badan dan mencerdaskan minda.

Ramai ibu bapa yang hadir untuk menyaksikan anak-anak mereka yang mengambil bahagian .Padang sekolah telah dihias dengan indah dan cantik .Suasana kelihatan sangat ceria .Semua murid memakai baju mengikut rumah sukan mereka iaitu baju berwarna hijau, biru, merah, dan hijau.

Guru-guru rumah sukan masing-masing sibuk mengendalikan murid-murid yang yang terlibat dalam acara sukan itu.

Sebelum acara sukan itu bermula, satu perarakkan rumah pasukan dan badan uniform telah diadakan. Perarakan ini sangat cantik dan meriah kerana telah maskot yang menjadi lambang rumah sukan masing-masing bagai bulan dipagari bintang.

Banyak acara menarik seperti lumba lari ,lari berganti-ganti,lompat tinggi dan tarik tali .Sahidah dan Afni telah mewakili pasukan rumah Mahsuri dalam acara lumba lari. Liyana dan Anita pula mewakili pasukan rumah Dang Anum dalam acar yang sama .

Ahli pasukan masing-masing memberi sokongan dan sorakan terhadap pasukan masing-masing . Semasa pasukan mereka mengambil bahagian sorakkan yang diberikan sangat meriah. Saya berasa gembira kerana pasukan rumah Tun Fatimah telah diumumkan sebagai johan keseluruhan .

Sukan sekolah saya telah tamat pada pukul 6:00 petang.Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang .Guru besar juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara sukan tahun bagi Sekolah Kebangsaan Convent kali.


Contoh Karangan : Cara-cara Menghormati Guru

Tugas guru ialah mengajar di sekolah. Guru mendidik pelajar supaya menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara. .Guru juga merupakan ibu bapa kedua kepada anak-anak di sekolah kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah. Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk menghargai jasa guru.

Guru akan berasa dihargai apabila pelajar menghormati guru. Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kita. Guru juga mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna. Contohnya, pelajar boleh mengucapkan selamat sejahtera apabila berjumpa dengan guru. Pelajar juga tidak boleh sombong terhadap guru.

Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah mereka. Mereka mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam latihan,guru akan membetulkannya. Dengan ini pelajar dapat membuat pembetulan.

Mereka juga boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah. Disiplin sangat penting kerana boleh menjadikan mereka berjaya dalam pelajaran. Mereka perlu mematuhi peraturan sekolah. Sebagai contoh, mereka perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah, melepak dan lain-lain. Oleh itu, jadilah pelajar yang berdisiplin.

Pelajar boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru. Pelajar boleh membantu guru dengan membawakan buku-buku guru ke bilik guru. Mereka juga boleh memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan hari guru pada 16 Mei.

Pelajar boleh menghargai guru dengan mengenang jasa guru. Hal ini disebabkan guru telah banyak berjasa. Sebagai contoh, ketika guru sakit, kita hendaklah menziarahinya. Dengan ini guru akan berasa gembira dan bangga terhadap pelajarnya.

Sesungguhnya, guru ibarat lilin yang sanggup menerangi orang lain. Oleh itu, setiap pelajar perlu menghargai guru. Hal ini kerana guru telah berjaya melahirkan generasi yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Janganlah kita membenci guru kerana sikap ini tidak bermoral.

Berita - Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah


Karangan Jenis Berita . ( Sambutan Hari Guru peringkat sekolah)

SIBU, Selasa – Sekolah Kebangsaaan Seri Harmoni telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah secara sederhana tetapi meriah. Perayaan Hari Guru tahun ini diadakan di dewan sekolah yang dihias indah hasil kerjasama murid-murid yang dipimpin ketua pengawas sekolah; Ahmad bin Razali. Majlis sambutan Hari Guru ini turut dihadiri tetamu-tetamu jemputan termasuk Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Majlis sambutan dimulakan dengan perhimpunan khas Hari Guru pada pukul 8.30 pagi. Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti ucapan perasmian daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru ; Encik Mustapha bin Kamal. Dalam ucapannya, Encik Mustapha bin Kamal menyeru semua guru berusaha dengan gigih demi mendidik anak bangsa.

Guru-guru di bawah pimpinan Guru Besar telah melafazkan “Ikrar Guru” serta menyanyikan lagu “ Guru Malaysia” dengan penuh bersemangat. Selepas itu diadakan upacara memotong kek Hari Guru dengan iringan lagu “Selamat Hari Guru” daripada murid-murid.

Persembahan pentas daripada murid-murid menyusul selepas itu. Pelbagai persembahan seperti koir, deklamasi sajak, tarian dan teater dipersembahkan. Persembahan-persembahan tersebut ternyata amat menarik dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

Selesai perhimpunan khas tersebut, semua tetamu dan guru diraikan dalam jamuan Hari Guru. Jamuan tersebut telah disediakan khas oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Harmoni sebagai simbolik menghargai jasa guru-guru. Jamuan tersebut mengakhiri sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini.

Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif menunjukkan penghargaan kepada guru-guru. Guru Besar amat berpuas hati dan melahirkan rasa gembira terhadap kerjasama dan usaha gigih para pelajar dalam merealisasi majlis tersebut.

KARANGAN JENIS GAMBARAN ATAU SUASANA

Suasana sambutan Hari Guru disambut meriah di setiap sekolah. Tuliskan sebuah karangan tentangnya.

SAMBUTAN HARI GURU

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh penting buat golongan pendidik. Sambutan Hari Guru diraikan di setiap sekolah. Pada hari ini, guru-guru tidak mengajar tetapi diraikan dengan meriah.

Acara sambutan akan dimulakan dengan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Ini diikuti perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran dan seterusnya Pengarah Pelajaran Negeri. Ucapan daripada guru besar menyusul selepas itu.

Persembahan guru-guru menggamatkan suasana. Ada yang mendeklamasikan sajak, ada guru yang menyanyi, ada yang berlakon dan tidak kurang pula yang menggayakan pakaian beragam. Bakat yang ada pada guru-guru ditonjolkan dalam majlis sambutan Hari Guru.

Acara sukan juga diadakan. Perlawanan antara guru-guru dan murid-murid. Sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring, bola tampar dan bola baling. Acara sukaneka juga diadakan. Acara ini paling menghiburkan kerana pelbagai ragam dapat disaksikan.

Selepas acara permainan, acara penyampaian hadiah kepada guru-guru dimulakan. Pada hari ini,guru-guru mendapat banyak hadiah daripada murid-murid. Bukanlah hadiah yang dipentingkan tetapi jasa guru-guru yang telah berkorban demi anak bangsa.

Acara terakhir adalah jamuan tengah hari. Guru-guru berasa dihargai kerana diberi sambutan yang sebegini meriah. Ini menguatkan azam mereka untuk menjalankan amanah dengan penuh dedikasi.



Sekolah kamu merayakan sambutan Hari Guru. Tulis berita tentang sambutan itu.

Sik, Rabu – Sekolah Kebangsaan Sik telah menyambut Hari Guru secara besar-besaran. Ini merupakan kali kedua sekolah ini menyambut perayaan seperti ini.

Menurut Guru Besar sekolah tersebut, Encik Sukhari bin Yaakob, sambutan itu bermula dari pagi hingga petang. Acara sambutan dimulakan dengan perhimpunan rasmi dan ucapan yang diadakan di tapak perhimpunan pada waktu pagi. Acara pada waktu petang pula dimeriahkan dengan persembahan daripada murid-murid dan guru-guru di dewan sekolah tersebut.

Salah seorang guru sekolah tersebut, Encik Mohamad Asri bin salleh mengatakan bahawa sambutan seperti ini dapat diadakan kerana kerjasama yang erat antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan pihak sekolah serta sokongan daripada murid-murid. Pelbagai acara telah disusun dan diatur sempena perayaan ini, antaranya ialah sukaneka dan permainan bola jaring di antara guru dan murid.

Di samping itu, para pelajar juga mengadakan persembahan seperti nyanyian, tarian, lakonan dan sebagainya.Terdapat juga para guru yang terlibat sama dalam acara persembahan tersebut. Apa yang jelas ialah sambutan Hari Guru ini melibatkan semua warga sekolah dan juga masyarakat sekitar.

Sambutan Hari Guru ini banyak menimbulkan kesan yang positif. Semangat kerjasama, budaya penyanyang, toleransi dan rasa hormat dalam kalangan warga sekolah dapat diwujudkan melaluinya.

Sambutan Hari Guru ini berakhir dengan jamuan ringan pada pukul enam petang. Pihak sekolah berasa gembira kerana sambutan telah berjalan seperti yang dirancangkan dan disambut dengan meriah sekali.



Laporan Sukan Tahunan Sekolah

Pada 23 Julai 2012, Sekolah Kebangsaan Sik telah mengadakan sukan tahunannya. Hari sukan itu berjalan dengan begitu lancar sekali.

Sebelum acara sukan dijalankan, majlis perasmian telah diadakan. Bagi memulakan acara perasmian, semua peserta daripada setiap rumah sukan berbaris dan berkawat di hadapan tetamu kehormat. Majlis ini dirasmikan oleh Pegawai Daerah Sik, Encik Harizan bin Sulaiman. Dalam ucapannya, beliau menyeru agar para peserta yang bertanding mengekalkan semangat kesukanan sepanjang acara sukan dijalankan.

Selepas upacara perasmian, acara sukan pun bermula. Bermacam-macam acara diadakan mengikut tahap murid. Antara acara yang diadakan ialah lumba lari, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Acara sukaneka juga turut diadakan untuk murid-murid tahap satu.

Setiap pemenang mendapat pingat masing-masing. Pemenang pertama mendapat pingat emas, kedua pingat perak dan pemenang ketiga mendapat pingat gangsa. Hadiah dan pingat telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG sekolah.

Abdul Shukur daripada Rumah Merah telah diumumkan sebagai olahragawan sekolah. Dia telah memenangi pingat emas dalam acara 100 meter, lompat jauh dan lari berganti-ganti. Olahragawati pula telah disandang oleh Nur Atiqah daripada Rumah Hijau yang telah memperoleh pingat emas dalam acara 100 meter, 200 meter dan lompat tinggi.

Juara keseluruhan bagi sukan tahunan kali ini dimenangi oleh Rumah Merah. Tempat kedua dimenangi oleh Rumah Hijau, manakala Rumah Kuning memenangi tempat ketiga dan diikuti oleh Rumah Biru di tempat terakhir.

Acara sukan tamat pada pukul 6.00 petang. Semua murid berasa begitu seronok dan gembira. Di samping mendapat hadiah, mereka juga berasa gembira kerana pihak sekolah telah mengumumkan bahawa hari Khamis berikutnya merupakan cuti sekolah.


Disediakan oleh, 26 Julai 2012.

……………………………….……..
(MUHD SYAHID BIN ABDULLAH)
Setiausaha Sukan,
Sekolah Kebangsaan Sik,
08200 Sik,
Kedah Darul Aman.


Cara-cara Menghormati dan Membalas Jasa Guru

Guru ialah insan yang banyak berjasa kepada kita. Mereka mendidik dan mengajar tanpa jemu di samping mencurahkan ilmu yang berguna untuk masa hadapan. Oleh itu, kita wajib menghormati dan menghargai guru.

Antara cara-cara menghormati dan membalas jasa guru adalah dengan mendengar nasihat yang diberikan oleh guru. Kita juga sewajarnya patuh akan arahan mereka dan mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Kita juga harus menyiapkan semua latihan yang diberikan tanpa sebarang keluhan atau rungutan.

Selain itu, kita sepatutnya rajin belajar dan dan bersungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Oleh sebab itu, kita mesti menumpukan perhatian semasa guru mengajar atau semasa membuat perbincangan. Kita boleh membanggakan guru dengan cara mengharumkan nama sekolah dan guru dengan mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Seterusnya, kita haruslah sentiasa menghormati guru dengan memberi salam semasa bertemu dengan atau terserempak dengan guru tidak kiralah di dalam atau di luar kawasan sekolah. Kita juga sepatutnya rajin membantu guru dengan membawa buku latihan yang banyak dan juga barang-barang agar dapat meringankan bebannya.

Di samping itu, kita seharusnya menjaga hati hati dan perasaan guru agar mereka tidak berkecil hati dengan sikap kita. Kita patut bertutur dengan sopan dan tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan mereka. Kita juga mestilah meminta maaf kepada mereka andai melakukan sesuatu yang mengguris hati mereka agar ilmu yang diterima diredhai dan dihalalkan oleh mereka. Kita juga sewajarnya sentiasa mengucapkan terima kasih kepada guru.

Akhir sekali, kita seharusnya menghargai mereka pada Hari Guru. Kita harus menggunakan kesempatan ini untuk memberi hadiah atau kad ucapan. Sebaik-baiknya kad ucapan itu sendiri dan dihias mengikut citarasa dan kreativiti sendiri. Kita juga sepatutnya mengingati hari lahir mereka. Ucapkanlah perkataan ‘sayang’ agar mereka berasa bangga kerana dihargai.

Guru haruslah sentiasa dihormati dan dihargai. Jasa dan pengorbanan mereka amat bernilai dan tidak mampu dibalas. Guru umpama lilin yang sentiasa menerangi kegelapan dan menyinari murid-muridnya dengan ilmu.


Kemalangan Jalan Raya
SIK, Jumaat, Suatu kemalangan jalan raya telah berlaku di kolmeter 37, Jaln Sik semalam. Kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dengan sebuah lori pasir itu menyebabkan empat sekeluarga terkorban.Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.00 petang semalam, seorang guru, Daud Sulaiman 49 tahun, dan isterinya, mariam Ali, 40 tahun serta tiga orang anak perempuan mereka, Sulina Daud, 16 tahun, Suzina daud, 14 tahun dan Suhana daud 8 tahun terbunuh apabila kereta Proton Wira yang dipandu oleh daud dirempuh oleh sebuah lori pasir dari arah bertentangan. Lori tersebut dikatakan cuba mengelakkan seekor lembu yang melintas jalan.

Sebaik-baik sahaja dirempuh oleh lori berkenaan, kereta tersebut dikatakan hilang kawalan dan berpusing beberapa kali di jalan raya sebelum terbakar. Seorang pemandu teksi, Rahmat Omar 41 tahun, yang kebetulan lalu di tempat kejadian berjaya menarik keluar anak bongsu mangsa daripada kenderaan yang terbakar sebelum kenderaan itu meletup. Kanak-kanak tersebut kini dirawat di unit kecemasan dan keadaannya dilaporkan stabil walaupun masih tidak sedarkan diri.

Lau Kok Seng, 35 tahun, antara saksi kejadian, mendakwa bahawa itulah kemalangan paling ngeri pernah disaksikannya. Menurut beliau, kemalangan sering berlaku di kawasan berkenaan memandangkan jalan yang agak curam selain selain haiwan pelaharaan berkeliaran di kawasdan tersebut.

Pegawai Penyiasat Tafik, Ibu Pejabat Polis daerah Sik, Cif Inspektor Abdul Jalal Jusoh berkata bahawa pemandu dan kelindan lori yang terlibat dalam kemalangan tersebut kini ditahan oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan. Beliau juga menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada ketika menggunakan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan.

Kemalangan yang berlaku itu dikatakan kemalangan yang kedua terjadi di tempat yang sama dalam bulan ini. Dua minggu sebelumnya, seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu secara laju.