Cari

Tuesday 31 July 2012

PANTUN

Pembayang berunsurkan keindahan alam. 
Perhatikan rima tengah dan rima akhir.
 
TEMA: SEKOLAHKU DUNIAKU
JAMPI SERAPAH SI TUKANG TILIK,
MEMANGGIL JEMBALANG, MENUNJUK HEBAT;
BAKUL SAMPAH SETIAP BILIK,
KENAPA LONGKANG MASIH TERSUMBAT?
 
 
PUTERA SULTAN MEMAKAI PENDING,
RAKYAT JELATA HEBOH BICARA;
MELIHAT RAKAN MENCONTENG DINDING,
MENGAPA ANDA KETAWA GEMBIRA?
 
KELKATU BETINA TERBANG LESU,
MENCARI CAHAYA DI DALAM KABUT;
POKOK BUNGA MENGHIASI PASU,
KENAPA ANDA GANAS MENCABUT?
 
PUSPA BERKEMBANG MEKAR SELARI,
DIPETIK BIDUANDA UNTUK MELARAM;
KELAS ORANG, CERIA BERSERI,
KELAS ANDA, MENGAPA MURAM?
 
 
LANGIT LEPAS DIHIAS MENTARI,
PAGI YANG KELAM, SEMAKIN TERIK;
PERGI KE TANDAS, SETIAP HARI,
KENAPA PAM, TIDAK DITARIK?





TEMA: GAYA HIDUP SIHAT
BUAH PALA, RANUMNYA MENGKAL,
ISINYA PUTIH, UNTUK JUADAH;
ANDA ADA, BANYAK BASIKAL,
KENAPA MASIH, MALAS BERIADAH?


TUAH GUSAR, MEMBUNUH JEBAT,

NAMUN TERPAKSA, DEMI TAULADAN;

NAFSU BESAR, SELERA HEBAT,

BAGAIMANA MENGAWAL, BERAT BADAN?


TAJAM BERBISA, SI MATA PEDANG,

UNTUK MENYIANG, SI ANAK IKAN;

KAMI SEMUA, BERMAIN DI PADANG,

KE MANA MENGHILANG, ANDA DAN RAKAN?


AYAM BELANDA, DIBAWA KE PEKAN,

LALU BERTELUR, DI DALAM RUMAH;

DIET ANDA, DAGING DAN IKAN,

KENAPA SAYUR, TIDAK DIJAMAH?


MAWAR DESA, KEMBANG BERDURI,

PATAH DAHAN, TERKENA BULUH;

SUDAH LAMA, ANDA BERLARI,

KENAPA BADAN, BELUM BERPELUH?

Saturday 28 July 2012

PENDIDIKAN SENI VISUAL



TAJUK 5

 PENGURUSAN AKTIVITI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH

PENGENALAN
 Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif melalui gerakerja yang dirancang.

Bilik darjah ialah tempat berlakunya proses P&P secara formal.  Saiz bilik darjah akan memberi kesan kepada kelancaran dan keselesaan proses P&P.

Aktiviti luar bilik darjah ialah proses P&P dilakukan di lokasi tertentu di kawasan sekolah seperti di dewan, kantin, taman, padang dan lain-lain.

JENIS AKTIVITI DALAM P&P

Individu, Kumpulan, Kelas

Aktiviti Individu
1. Aktiviti mengikut tahap kebolehan murid
2.Murid bertanggungjawab terhadap pembelajarannya
3.Murid dibimbing untuk menguasai kemahiran
4.Guru mengawasi dan mengenal pasti perkembangan setiap murid
5.Aktiviti P&P berorientasikan murid
6.Murid digalakkan membuat penilaian kendiri ke atas pencapaian mereka sendiri.

Aktiviti Kumpulan Dan Kelas
1.Murid boleh dikelompokkan di dalam kumpulan berpencapaian yang sama ataupun berbeza
2.Bertujuan menggalakkan penglibatan individu dalam kumpulan
3.Pemulihan (murid membantu ahli kumpulan yang lemah)
4.Memudahkan guru memberi tumpuan bagi kumpulan yang sama kebolehan

Jenis Dan Bentuk Kumpulan
Kumpulan mengikut kebolehan
Kumpulan pelbagai kebolehan
Kumpulan mengikut minat

Aktiviti dalam bilik darjah:
1.Mudah mengawal pergerakan murid
2.Penggunaan alat/bahan yang  optimum
3.Banyak sumber rujukan
4.Penggunaan teknologi ICT (TMK).
5.Tiada kekangan faktor cuaca dan masa.
6.Masa P&P yang panjang.

Aktiviti luar bilik darjah:
1.Murid lebih teruja berkarya
2.Karya lebih berkualiti
3.Lebih merangsang percambahan idea
4.Dapat melihat dan menyentuh objek maujud.
5.Jarak antara murid lebih selesa
6.Lokasi lebih mudah dikemaskan selepas P&P.
7.Meningkatkan kreativiti guru dalam perancangan.
   (Sebelum, semasa dan selepas P&P)

TAJUK 6
PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR

PENGENALAN

    Meliputi reka bentuk dan proses menyediakan bahan bantu sumber pengajaran dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan, penyimpanan dan rekod stok, panduan keselamatan serta etika dan tanggungjawab.

Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar adalah untuk membantu guru, mengenalpasti dan mengaplikasikan bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif.

Buat pertimbangan asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan bahan bantu mengajar agar P&P lebih berkesan.

REKABENTUK DAN PROSES PENYEDIAAN BBM / BBB

Senaraikan alat dan bahan bantu

Pilih alat/bahan yang difikirkan menarik

Tambahbaikkan (jika perlu)

Fikirkan: Adakah BBM/BBB dapat menjelaskan konsep, menarik, merangsang minda dan deria murid, hubungan idea lama/baru, jimat masa, atau menjana idea murid.

PROSEDUR MENGGUNA DAN MENYIMPAN ALAT/BAHAN

Beri penerangan yang mudah difahami murid agar bahan/alat tidak rosak dan tahan lebih lama. (Contoh: Berus mesti dibersihkan betul-betul sebelum disimpan)

Tunjukkan cara penggunaan yang betul. (Cara mewarna, memotong, menggunting, memegang, memanaskan dsb)

PENYIMPANAN DAN REKOD STOK
1. Senaraikan bahan yang diperlukan
2. Buat perolehan alat/bahan daripada pembekal/sekolah (Nota minta).
3. Semak dan sahkan penerimaannya.
4. Buat inventori dalam buku stok

PENYIMPANAN DAN REKOD STOK (SAMB.)
5. Dicadangkan dua buah buku stok :
                        i.  Rekod alat/bahan yang ada 
                        ii. Rekod barang habis guna
6. Rekodkan pergerakan alat/bahan (KEW.PA-6)

STOK
1. Dijalankan pada akhir setiap tahun
2. Sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian alat dan bahan hendaklah dilaporkan  kepada pihak sekolah.
3.Setiap satu item alat / bahan kekal atau tidak kekal hendaklah dicatatkan dalam satu    borang bagi satu item.  Jika ada penambahan stok, boleh diisi di dalam borang   berkenaan sahaja.

CONTOH ALAT DAN BAHAN
Cecair tinner
Fabric Dye
Kertas warna
Carta PSV
Berus Lukisan

PANDUAN KESELAMATAN
1.Sediakan panduan keselamatan dan terangkan kepada murid.
2.Alat/bahan berbahaya disimpan di tempat tinggi atau berkunci (sukar dicapai murid).
3.Kenal pasti murid yang bermasalah  kesihatan.
4.Contoh: Guru memberi taklimat dan demonstrasi cara-cara menghasilkan batik lukis.
5.Baca label bahan dengan teliti.
6.Gunakan pengalaman guru untuk menggunakan bahan / alat secara paling baik.

ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB
1.Menentukan kecukupan semua bekalan alat/bahan.
2.Berbincang dengan pihak sekolah mengenai penambahan item baru (jika perlu).

ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB

1. Sentiasa dedahkan kepada murid tentang sejarah/teknik pelukis tersohor menggunakan kecanggihan TMK.
3.Menentukan alat/bahan mencukupi
4.Berbincang dan menyediakan senarai alat/bahan untuk dibeli oleh pihak sekolah.
5.Bahan audio dan video boleh digunakan untuk meningkatkan pemahaman murid-murid.

RUMUSAN
1.  Guru PSV bertanggungjawab mengetahui  dan memahami rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber  P&P.
2.  Guru arif tentang prosedur  mengguna dan menyimpan alat  serta merekod stok.
3.  Guru mesti sentiasa bertindak bijak semasa menggunakan alat/bahan.
4.   Utamakan keselamatan. Pastikan murid-murid bekerja berdasarkan arahan guru.

“Guru yang disegani oleh murid adalah lebih baik daripada guru yang ditakuti”


RUJUKAN

Kathleen Chee (2001). Fokus Indigo-Pendidikan Seni. Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Kurikulum Baru Sekolah Rendah:Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Tahun Dua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan  Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni  Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian  Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Modul Pendidikan Seni Visual (PSV3104). Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.

Marhanim A. Razak & Mohd. Shahrizal Dolah (2007). ACE AHEAD Seni Visual.  Selangor : Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Muliyadi Mahamood (2001). Seni Lukis Moden Malaysia : era perintis hingga era    pluralis (1930-1990). Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Panel Penulis Pustaka Utama Pelajaran Sdn. Bhd (1988). Asas Seni Lukis Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Pustaka Utama Pelajaran Sdn. Bhd.

S.Ch.Ng (2003). Aktiviti Pendidikan Seni Visual KBSR:Tahun 2. Selangor:  Cemerlang Publications Sdn. Bhd.

Zulkifli Yaakob & Mohd Jamel Ismail (2009). HBEF Seni Dalam Pendidikan.  Selangor: Open University Malaysia.

http://imann9969.com/2009/06/keberkesanan-pengajaran-dalam-konteks.html       [10.07.2012]

http://onitsukahana.blogspot.com/2011/06/konsep-5p-dalam-psv.html [05.07.2012].

http://www.scribd.com/doc21963733/apresiasi-seni [05.07.2012].

http://www.scribd.com/doc/5301678/Peranan-Guru-Psv [08.07.2012].

Thursday 26 July 2012

Mengisi Ruang Terluang

Jika melancong atau bercuti , kami akan cuba untuk pergi sekeluarga, jadi agak memakan masa untuk mengumpul dana bagi menampung perbelanjaannya.  Kerap kali ke Langkawi, dan pusing Pantai Timur.  Sesekali ke Negeri Sembilan...  Pulau Pangkor yang belum...

     1997, ketika anak sulung berusia 1 tahun setengah (sedang bawa perut anak kedua), kami ke Songkhla dan Haatyai, dengan bas.
Bermalam di Royal Hotel Haatyai.  Pukul 1 pagi anak merengek (kurang sihat) nakkan buah laici.  Suami turun merayau seorang diri di tengah pekan Haatyai dan berjaya mendapatkannya...

      Pergi pula ke Bandung dan Jakarta.  Semasa di Bandung anak lelaki ingin memakan sate kelinci (arnab) (yang dijual sepanjang jalan ke Gunung Tangkuban Parahu) tetapi tidak sempat.  Sampai hari ini dia masih menyatakan hasratnya itu...  "Kumpul duit dan kita boleh ke sana lagi," kata saya kepadanya.
      Dari Bandung beberapa jam menaiki van ke Jakarta dan berada di Jakarta sekejap sahaja, bertolak balik ke Bandung.... Penat...
      Anak-anak masih bercerita tentang peristiwa "Dari Jalan Dago ke Pasar Baru"... Saya menemani kawan shopping di situ dari pagi hinggalah kompleks itu di tutup pada malamnya...

      Kemudian ke Surabaya pula.  Dua orang anak saudara turut mengikut kami. 3 hari 2 malam, jadi aktiviti agak tergesa-gesa tapi tetap seronok.

Sedang mengumpulkan dana untuk ke Medan pulak kot, insyaallah.
Empangan Beris (15 km dari rumah)
Vine Yard, Lake Beris

Taman Tasik Jitra
Projek Penyu Belimbing Pantai Chenang

Anak bongsu membuktikan ketakutannya

Hasil pancingan anak lelaki tunggal

Mengeringkan kolam keli
Photo
Sungai air panas, Kaki Gunung Tangkuban Parahu, Bandung...

Malam Di Air Panas Ulu Legong, Baling