Cari

Thursday 20 September 2012

DEFINISI ETNIK


Etnik boleh didefinisikan sebagai hubungan antara kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama.  Hubungan etnik pula membawa maksud kewujudan pertalian antara etnik.

            “Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.” (http://kursus-maya.blogspot.com/).

            Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: “etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur etnik sesuatu kaum; masyarakat majmuk mempunyai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama.” Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005:Hal.402).

 

KONSEP ETNIK
Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.


            Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada daasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan dianggap ganjil, berada di tahap rendah atau tidak bermoral.

            Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali dicampur adukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

           
Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.   Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keturunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu.

            Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza

1 comment: