TAJUK 5
PENGENALAN
Bilik darjah ialah tempat berlakunya proses P&P secara formal. Saiz bilik darjah akan memberi kesan kepada
kelancaran dan keselesaan proses P&P.
Aktiviti luar bilik darjah ialah proses P&P dilakukan di lokasi
tertentu di kawasan sekolah seperti di dewan, kantin, taman, padang dan
lain-lain.
JENIS AKTIVITI DALAM
P&P
Individu, Kumpulan, Kelas
Aktiviti Individu
1. Aktiviti mengikut tahap kebolehan murid2.Murid bertanggungjawab terhadap pembelajarannya
3.Murid dibimbing untuk menguasai kemahiran
4.Guru mengawasi dan mengenal pasti perkembangan setiap murid
5.Aktiviti P&P berorientasikan murid
6.Murid digalakkan membuat penilaian kendiri ke atas pencapaian mereka sendiri.
Aktiviti Kumpulan Dan
Kelas
1.Murid boleh dikelompokkan di dalam kumpulan berpencapaian yang sama
ataupun berbeza2.Bertujuan menggalakkan penglibatan individu dalam kumpulan
3.Pemulihan (murid membantu ahli kumpulan yang lemah)
4.Memudahkan guru memberi tumpuan bagi kumpulan yang sama kebolehan
Jenis Dan Bentuk Kumpulan
Kumpulan mengikut kebolehan
Kumpulan pelbagai kebolehan
Kumpulan mengikut minat
Aktiviti dalam bilik darjah:
1.Mudah
mengawal pergerakan murid2.Penggunaan alat/bahan yang optimum
3.Banyak sumber rujukan
4.Penggunaan teknologi ICT (TMK).
5.Tiada kekangan faktor cuaca dan masa.
6.Masa P&P yang panjang.
Aktiviti luar bilik
darjah:
1.Murid lebih
teruja berkarya2.Karya lebih berkualiti
3.Lebih merangsang percambahan idea
4.Dapat melihat dan menyentuh objek maujud.
5.Jarak antara murid lebih selesa
6.Lokasi lebih mudah dikemaskan selepas P&P.
7.Meningkatkan kreativiti guru dalam perancangan.
(Sebelum, semasa dan selepas P&P)
TAJUK 6
PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR
PENGENALAN
Meliputi reka bentuk dan
proses menyediakan bahan bantu sumber pengajaran dan pembelajaran, prosedur
mengguna dan menyimpan alat dan bahan, penyimpanan dan rekod stok, panduan
keselamatan serta etika dan tanggungjawab.
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar adalah untuk membantu guru,
mengenalpasti dan mengaplikasikan bahan sumber bantu pengajaran dan
pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif.
Buat pertimbangan asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan bahan
bantu mengajar agar P&P lebih berkesan.
REKABENTUK DAN PROSES PENYEDIAAN BBM / BBB
Senaraikan alat dan bahan bantu
Pilih alat/bahan yang difikirkan menarik
Tambahbaikkan (jika perlu)
Fikirkan: Adakah BBM/BBB dapat menjelaskan konsep, menarik, merangsang
minda dan deria murid, hubungan idea lama/baru, jimat masa, atau menjana idea
murid.
PROSEDUR MENGGUNA DAN MENYIMPAN ALAT/BAHAN
Beri penerangan yang mudah difahami murid agar bahan/alat tidak rosak
dan tahan lebih lama. (Contoh: Berus mesti dibersihkan betul-betul sebelum
disimpan)
Tunjukkan cara penggunaan yang betul. (Cara mewarna, memotong,
menggunting, memegang, memanaskan dsb)
PENYIMPANAN DAN REKOD STOK
1. Senaraikan bahan yang diperlukan2. Buat perolehan alat/bahan daripada pembekal/sekolah (Nota minta).
3. Semak dan sahkan penerimaannya.
4. Buat inventori dalam buku stok
PENYIMPANAN DAN REKOD STOK (SAMB.)
5. Dicadangkan dua buah buku stok :i. Rekod alat/bahan yang ada
ii. Rekod barang habis guna
6. Rekodkan pergerakan alat/bahan (KEW.PA-6)
STOK
1. Dijalankan pada akhir setiap tahun2. Sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian alat dan bahan hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah.
3.Setiap satu item alat / bahan kekal atau tidak kekal hendaklah dicatatkan dalam satu borang bagi satu item. Jika ada penambahan stok, boleh diisi di dalam borang berkenaan sahaja.
CONTOH ALAT DAN BAHAN
Cecair tinnerFabric Dye
Kertas warna
Carta PSV
Berus Lukisan
PANDUAN KESELAMATAN
1.Sediakan panduan keselamatan dan terangkan kepada murid.2.Alat/bahan berbahaya disimpan di tempat tinggi atau berkunci (sukar dicapai murid).
3.Kenal pasti murid yang bermasalah kesihatan.
4.Contoh: Guru memberi taklimat dan demonstrasi cara-cara menghasilkan batik lukis.
5.Baca label bahan dengan teliti.
6.Gunakan pengalaman guru untuk menggunakan bahan / alat secara paling baik.
ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB
1.Menentukan kecukupan semua bekalan alat/bahan.2.Berbincang dengan pihak sekolah mengenai penambahan item baru (jika perlu).
ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB
1. Sentiasa dedahkan kepada murid tentang sejarah/teknik pelukis
tersohor menggunakan kecanggihan TMK.
3.Menentukan alat/bahan mencukupi4.Berbincang dan menyediakan senarai alat/bahan untuk dibeli oleh pihak sekolah.
5.Bahan audio dan video boleh digunakan untuk meningkatkan pemahaman murid-murid.
RUMUSAN
1.
Guru PSV bertanggungjawab mengetahui dan memahami rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber P&P.2. Guru arif tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat serta merekod stok.
3. Guru mesti sentiasa bertindak bijak semasa menggunakan alat/bahan.
4. Utamakan keselamatan. Pastikan murid-murid bekerja berdasarkan arahan guru.
“Guru yang disegani
oleh murid adalah lebih baik daripada guru yang ditakuti”
RUJUKAN
Kathleen Chee (2001). Fokus
Indigo-Pendidikan Seni. Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan
Malaysia (1998). Kurikulum Baru Sekolah Rendah:Buku Panduan Khas
Pendidikan Seni Tahun Dua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia
(1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni
Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan
Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia
(2009). Modul Pendidikan Seni Visual (PSV3104). Kuala Lumpur: Bahagian
Pendidikan Guru.
Marhanim A. Razak & Mohd.
Shahrizal Dolah (2007). ACE AHEAD Seni Visual. Selangor : Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Muliyadi Mahamood (2001). Seni
Lukis Moden Malaysia : era perintis hingga era pluralis (1930-1990). Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Panel Penulis Pustaka Utama
Pelajaran Sdn. Bhd (1988). Asas Seni Lukis Untuk Sekolah Menengah.
Kuala Lumpur: Pustaka Utama Pelajaran Sdn. Bhd.
S.Ch.Ng (2003). Aktiviti
Pendidikan Seni Visual KBSR:Tahun 2. Selangor: Cemerlang Publications Sdn. Bhd.
Zulkifli Yaakob & Mohd
Jamel Ismail (2009). HBEF Seni Dalam Pendidikan. Selangor: Open University Malaysia.
http://imann9969.com/2009/06/keberkesanan-pengajaran-dalam-konteks.html [10.07.2012]
http://onitsukahana.blogspot.com/2011/06/konsep-5p-dalam-psv.html
[05.07.2012].
http://www.scribd.com/doc21963733/apresiasi-seni
[05.07.2012].
http://www.scribd.com/doc/5301678/Peranan-Guru-Psv
[08.07.2012].
tq. SUMBER RUJUKAN YANG BAIK.
ReplyDelete