Cari

Wednesday 15 August 2012

Kek Coklat Kukus


Kesukaan Anak-anak perempuan saya (Tg.5 dan Thn.5)
Bahan-bahan
  •          1 cawan tepung gandum
  •      1/4 cawan serbuk koko Van Houten
  •         1 sudu kecil baking powder
  •         1 kotak susu coklat (250ml)
  •         2 biji telur (size M)
  •        1 cawan gula halus
  •        1/2 cawan butter
  •         3 sudu besar susu pekat
  •       1/4 cawan minyak masak dan esen vanila
              TOPPING
  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko Van Houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar
         Cara-cara membuatnya
     1.   Pukul telur,gula dan butter sampai kembang. Kemudian titiskan esen vanila
         dan pukul  lagi.
     2.   Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
     3.   Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur. Kaup balikkan.
     4.   Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
     5.   Masukkan dalam loyang yang telah disapu minyak/marjerin. Tutup dengan
         aluminium foil.. Kukus selama 45 minit.  Apabila masak, sejukkan.
     6.   Untuk topping...campurkan semua bahan dan masak secara double boiler.
         Kemudian tuang ke atas kek yang dah disejukkan tadi.. Hiaskan. Kemudian
         simpan dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. 
     7.   Selamat mencuba...
     Kata anak-anak saya," Oleh kerana kami yang buat, kami yang kena makan
     banyak."

No comments:

Post a Comment