Cari

Tuesday 15 October 2013

UPSR

CONTOH KARANGAN UPSR 2

HARI SUKAN SEKOLAH SAYA

Sukan sekolah yang telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 13 April 2012 yang lalu . Hari sukan sekolah saya telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG sekolah iaitu En Ahmad Segan bin Silu.Semasa ucapannya En Segan menyatakan bahawa sukan merupakan kegiatan yang boleh menyihatkan badan dan mencerdaskan minda.

Ramai ibu bapa yang hadir untuk menyaksikan anak-anak mereka yang mengambil bahagian .Padang sekolah telah dihias dengan indah dan cantik .Suasana kelihatan sangat ceria .Semua murid memakai baju mengikut rumah sukan mereka iaitu baju berwarna hijau, biru, merah, dan hijau.

Guru-guru rumah sukan masing-masing sibuk mengendalikan murid-murid yang yang terlibat dalam acara sukan itu.

Sebelum acara sukan itu bermula, satu perarakkan rumah pasukan dan badan uniform telah diadakan. Perarakan ini sangat cantik dan meriah kerana telah maskot yang menjadi lambang rumah sukan masing-masing bagai bulan dipagari bintang.

Banyak acara menarik seperti lumba lari ,lari berganti-ganti,lompat tinggi dan tarik tali .Sahidah dan Afni telah mewakili pasukan rumah Mahsuri dalam acara lumba lari. Liyana dan Anita pula mewakili pasukan rumah Dang Anum dalam acar yang sama .

Ahli pasukan masing-masing memberi sokongan dan sorakan terhadap pasukan masing-masing . Semasa pasukan mereka mengambil bahagian sorakkan yang diberikan sangat meriah. Saya berasa gembira kerana pasukan rumah Tun Fatimah telah diumumkan sebagai johan keseluruhan .

Sukan sekolah saya telah tamat pada pukul 6:00 petang.Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang .Guru besar juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara sukan tahun bagi Sekolah Kebangsaan Convent kali.


Contoh Karangan : Cara-cara Menghormati Guru

Tugas guru ialah mengajar di sekolah. Guru mendidik pelajar supaya menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara. .Guru juga merupakan ibu bapa kedua kepada anak-anak di sekolah kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah. Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk menghargai jasa guru.

Guru akan berasa dihargai apabila pelajar menghormati guru. Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kita. Guru juga mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna. Contohnya, pelajar boleh mengucapkan selamat sejahtera apabila berjumpa dengan guru. Pelajar juga tidak boleh sombong terhadap guru.

Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah mereka. Mereka mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam latihan,guru akan membetulkannya. Dengan ini pelajar dapat membuat pembetulan.

Mereka juga boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah. Disiplin sangat penting kerana boleh menjadikan mereka berjaya dalam pelajaran. Mereka perlu mematuhi peraturan sekolah. Sebagai contoh, mereka perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah, melepak dan lain-lain. Oleh itu, jadilah pelajar yang berdisiplin.

Pelajar boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru. Pelajar boleh membantu guru dengan membawakan buku-buku guru ke bilik guru. Mereka juga boleh memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan hari guru pada 16 Mei.

Pelajar boleh menghargai guru dengan mengenang jasa guru. Hal ini disebabkan guru telah banyak berjasa. Sebagai contoh, ketika guru sakit, kita hendaklah menziarahinya. Dengan ini guru akan berasa gembira dan bangga terhadap pelajarnya.

Sesungguhnya, guru ibarat lilin yang sanggup menerangi orang lain. Oleh itu, setiap pelajar perlu menghargai guru. Hal ini kerana guru telah berjaya melahirkan generasi yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Janganlah kita membenci guru kerana sikap ini tidak bermoral.

Berita - Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah


Karangan Jenis Berita . ( Sambutan Hari Guru peringkat sekolah)

SIBU, Selasa – Sekolah Kebangsaaan Seri Harmoni telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah secara sederhana tetapi meriah. Perayaan Hari Guru tahun ini diadakan di dewan sekolah yang dihias indah hasil kerjasama murid-murid yang dipimpin ketua pengawas sekolah; Ahmad bin Razali. Majlis sambutan Hari Guru ini turut dihadiri tetamu-tetamu jemputan termasuk Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Majlis sambutan dimulakan dengan perhimpunan khas Hari Guru pada pukul 8.30 pagi. Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti ucapan perasmian daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru ; Encik Mustapha bin Kamal. Dalam ucapannya, Encik Mustapha bin Kamal menyeru semua guru berusaha dengan gigih demi mendidik anak bangsa.

Guru-guru di bawah pimpinan Guru Besar telah melafazkan “Ikrar Guru” serta menyanyikan lagu “ Guru Malaysia” dengan penuh bersemangat. Selepas itu diadakan upacara memotong kek Hari Guru dengan iringan lagu “Selamat Hari Guru” daripada murid-murid.

Persembahan pentas daripada murid-murid menyusul selepas itu. Pelbagai persembahan seperti koir, deklamasi sajak, tarian dan teater dipersembahkan. Persembahan-persembahan tersebut ternyata amat menarik dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

Selesai perhimpunan khas tersebut, semua tetamu dan guru diraikan dalam jamuan Hari Guru. Jamuan tersebut telah disediakan khas oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Harmoni sebagai simbolik menghargai jasa guru-guru. Jamuan tersebut mengakhiri sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini.

Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif menunjukkan penghargaan kepada guru-guru. Guru Besar amat berpuas hati dan melahirkan rasa gembira terhadap kerjasama dan usaha gigih para pelajar dalam merealisasi majlis tersebut.

KARANGAN JENIS GAMBARAN ATAU SUASANA

Suasana sambutan Hari Guru disambut meriah di setiap sekolah. Tuliskan sebuah karangan tentangnya.

SAMBUTAN HARI GURU

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh penting buat golongan pendidik. Sambutan Hari Guru diraikan di setiap sekolah. Pada hari ini, guru-guru tidak mengajar tetapi diraikan dengan meriah.

Acara sambutan akan dimulakan dengan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Ini diikuti perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran dan seterusnya Pengarah Pelajaran Negeri. Ucapan daripada guru besar menyusul selepas itu.

Persembahan guru-guru menggamatkan suasana. Ada yang mendeklamasikan sajak, ada guru yang menyanyi, ada yang berlakon dan tidak kurang pula yang menggayakan pakaian beragam. Bakat yang ada pada guru-guru ditonjolkan dalam majlis sambutan Hari Guru.

Acara sukan juga diadakan. Perlawanan antara guru-guru dan murid-murid. Sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring, bola tampar dan bola baling. Acara sukaneka juga diadakan. Acara ini paling menghiburkan kerana pelbagai ragam dapat disaksikan.

Selepas acara permainan, acara penyampaian hadiah kepada guru-guru dimulakan. Pada hari ini,guru-guru mendapat banyak hadiah daripada murid-murid. Bukanlah hadiah yang dipentingkan tetapi jasa guru-guru yang telah berkorban demi anak bangsa.

Acara terakhir adalah jamuan tengah hari. Guru-guru berasa dihargai kerana diberi sambutan yang sebegini meriah. Ini menguatkan azam mereka untuk menjalankan amanah dengan penuh dedikasi.



Sekolah kamu merayakan sambutan Hari Guru. Tulis berita tentang sambutan itu.

Sik, Rabu – Sekolah Kebangsaan Sik telah menyambut Hari Guru secara besar-besaran. Ini merupakan kali kedua sekolah ini menyambut perayaan seperti ini.

Menurut Guru Besar sekolah tersebut, Encik Sukhari bin Yaakob, sambutan itu bermula dari pagi hingga petang. Acara sambutan dimulakan dengan perhimpunan rasmi dan ucapan yang diadakan di tapak perhimpunan pada waktu pagi. Acara pada waktu petang pula dimeriahkan dengan persembahan daripada murid-murid dan guru-guru di dewan sekolah tersebut.

Salah seorang guru sekolah tersebut, Encik Mohamad Asri bin salleh mengatakan bahawa sambutan seperti ini dapat diadakan kerana kerjasama yang erat antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan pihak sekolah serta sokongan daripada murid-murid. Pelbagai acara telah disusun dan diatur sempena perayaan ini, antaranya ialah sukaneka dan permainan bola jaring di antara guru dan murid.

Di samping itu, para pelajar juga mengadakan persembahan seperti nyanyian, tarian, lakonan dan sebagainya.Terdapat juga para guru yang terlibat sama dalam acara persembahan tersebut. Apa yang jelas ialah sambutan Hari Guru ini melibatkan semua warga sekolah dan juga masyarakat sekitar.

Sambutan Hari Guru ini banyak menimbulkan kesan yang positif. Semangat kerjasama, budaya penyanyang, toleransi dan rasa hormat dalam kalangan warga sekolah dapat diwujudkan melaluinya.

Sambutan Hari Guru ini berakhir dengan jamuan ringan pada pukul enam petang. Pihak sekolah berasa gembira kerana sambutan telah berjalan seperti yang dirancangkan dan disambut dengan meriah sekali.



Laporan Sukan Tahunan Sekolah

Pada 23 Julai 2012, Sekolah Kebangsaan Sik telah mengadakan sukan tahunannya. Hari sukan itu berjalan dengan begitu lancar sekali.

Sebelum acara sukan dijalankan, majlis perasmian telah diadakan. Bagi memulakan acara perasmian, semua peserta daripada setiap rumah sukan berbaris dan berkawat di hadapan tetamu kehormat. Majlis ini dirasmikan oleh Pegawai Daerah Sik, Encik Harizan bin Sulaiman. Dalam ucapannya, beliau menyeru agar para peserta yang bertanding mengekalkan semangat kesukanan sepanjang acara sukan dijalankan.

Selepas upacara perasmian, acara sukan pun bermula. Bermacam-macam acara diadakan mengikut tahap murid. Antara acara yang diadakan ialah lumba lari, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Acara sukaneka juga turut diadakan untuk murid-murid tahap satu.

Setiap pemenang mendapat pingat masing-masing. Pemenang pertama mendapat pingat emas, kedua pingat perak dan pemenang ketiga mendapat pingat gangsa. Hadiah dan pingat telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG sekolah.

Abdul Shukur daripada Rumah Merah telah diumumkan sebagai olahragawan sekolah. Dia telah memenangi pingat emas dalam acara 100 meter, lompat jauh dan lari berganti-ganti. Olahragawati pula telah disandang oleh Nur Atiqah daripada Rumah Hijau yang telah memperoleh pingat emas dalam acara 100 meter, 200 meter dan lompat tinggi.

Juara keseluruhan bagi sukan tahunan kali ini dimenangi oleh Rumah Merah. Tempat kedua dimenangi oleh Rumah Hijau, manakala Rumah Kuning memenangi tempat ketiga dan diikuti oleh Rumah Biru di tempat terakhir.

Acara sukan tamat pada pukul 6.00 petang. Semua murid berasa begitu seronok dan gembira. Di samping mendapat hadiah, mereka juga berasa gembira kerana pihak sekolah telah mengumumkan bahawa hari Khamis berikutnya merupakan cuti sekolah.


Disediakan oleh, 26 Julai 2012.

……………………………….……..
(MUHD SYAHID BIN ABDULLAH)
Setiausaha Sukan,
Sekolah Kebangsaan Sik,
08200 Sik,
Kedah Darul Aman.


Cara-cara Menghormati dan Membalas Jasa Guru

Guru ialah insan yang banyak berjasa kepada kita. Mereka mendidik dan mengajar tanpa jemu di samping mencurahkan ilmu yang berguna untuk masa hadapan. Oleh itu, kita wajib menghormati dan menghargai guru.

Antara cara-cara menghormati dan membalas jasa guru adalah dengan mendengar nasihat yang diberikan oleh guru. Kita juga sewajarnya patuh akan arahan mereka dan mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Kita juga harus menyiapkan semua latihan yang diberikan tanpa sebarang keluhan atau rungutan.

Selain itu, kita sepatutnya rajin belajar dan dan bersungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Oleh sebab itu, kita mesti menumpukan perhatian semasa guru mengajar atau semasa membuat perbincangan. Kita boleh membanggakan guru dengan cara mengharumkan nama sekolah dan guru dengan mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Seterusnya, kita haruslah sentiasa menghormati guru dengan memberi salam semasa bertemu dengan atau terserempak dengan guru tidak kiralah di dalam atau di luar kawasan sekolah. Kita juga sepatutnya rajin membantu guru dengan membawa buku latihan yang banyak dan juga barang-barang agar dapat meringankan bebannya.

Di samping itu, kita seharusnya menjaga hati hati dan perasaan guru agar mereka tidak berkecil hati dengan sikap kita. Kita patut bertutur dengan sopan dan tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan mereka. Kita juga mestilah meminta maaf kepada mereka andai melakukan sesuatu yang mengguris hati mereka agar ilmu yang diterima diredhai dan dihalalkan oleh mereka. Kita juga sewajarnya sentiasa mengucapkan terima kasih kepada guru.

Akhir sekali, kita seharusnya menghargai mereka pada Hari Guru. Kita harus menggunakan kesempatan ini untuk memberi hadiah atau kad ucapan. Sebaik-baiknya kad ucapan itu sendiri dan dihias mengikut citarasa dan kreativiti sendiri. Kita juga sepatutnya mengingati hari lahir mereka. Ucapkanlah perkataan ‘sayang’ agar mereka berasa bangga kerana dihargai.

Guru haruslah sentiasa dihormati dan dihargai. Jasa dan pengorbanan mereka amat bernilai dan tidak mampu dibalas. Guru umpama lilin yang sentiasa menerangi kegelapan dan menyinari murid-muridnya dengan ilmu.


Kemalangan Jalan Raya
SIK, Jumaat, Suatu kemalangan jalan raya telah berlaku di kolmeter 37, Jaln Sik semalam. Kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dengan sebuah lori pasir itu menyebabkan empat sekeluarga terkorban.Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.00 petang semalam, seorang guru, Daud Sulaiman 49 tahun, dan isterinya, mariam Ali, 40 tahun serta tiga orang anak perempuan mereka, Sulina Daud, 16 tahun, Suzina daud, 14 tahun dan Suhana daud 8 tahun terbunuh apabila kereta Proton Wira yang dipandu oleh daud dirempuh oleh sebuah lori pasir dari arah bertentangan. Lori tersebut dikatakan cuba mengelakkan seekor lembu yang melintas jalan.

Sebaik-baik sahaja dirempuh oleh lori berkenaan, kereta tersebut dikatakan hilang kawalan dan berpusing beberapa kali di jalan raya sebelum terbakar. Seorang pemandu teksi, Rahmat Omar 41 tahun, yang kebetulan lalu di tempat kejadian berjaya menarik keluar anak bongsu mangsa daripada kenderaan yang terbakar sebelum kenderaan itu meletup. Kanak-kanak tersebut kini dirawat di unit kecemasan dan keadaannya dilaporkan stabil walaupun masih tidak sedarkan diri.

Lau Kok Seng, 35 tahun, antara saksi kejadian, mendakwa bahawa itulah kemalangan paling ngeri pernah disaksikannya. Menurut beliau, kemalangan sering berlaku di kawasan berkenaan memandangkan jalan yang agak curam selain selain haiwan pelaharaan berkeliaran di kawasdan tersebut.

Pegawai Penyiasat Tafik, Ibu Pejabat Polis daerah Sik, Cif Inspektor Abdul Jalal Jusoh berkata bahawa pemandu dan kelindan lori yang terlibat dalam kemalangan tersebut kini ditahan oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan. Beliau juga menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada ketika menggunakan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan.

Kemalangan yang berlaku itu dikatakan kemalangan yang kedua terjadi di tempat yang sama dalam bulan ini. Dua minggu sebelumnya, seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu secara laju.

No comments:

Post a Comment