Cari

Tuesday 15 October 2013

PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

TAJUK 5
PENGURUSAN AKTIVITI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH


PENGENALAN 
Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif melalui gerakerja yang dirancang.
Bilik darjah ialah tempat berlakunya proses P&P secara formal.  Saiz bilik darjah akan memberi kesan kepada kelancaran dan keselesaan proses P&P.
Aktiviti luar bilik darjah ialah proses P&P dilakukan di lokasi tertentu di kawasan sekolah seperti di dewan, kantin, taman, padang dan lain-lain.
  
JENIS AKTIVITI DALAM P&P
 Individu
Kumpulan
Kelas

Aktiviti Individu
1. Aktiviti mengikut tahap kebolehan murid
2.Murid bertanggungjawab terhadap pembelajarannya
3.Murid dibimbing untuk menguasai kemahiran
4.Guru mengawasi dan mengenal pasti perkembangan setiap murid
5.Aktiviti P&P berorientasikan murid
6.Murid digalakkan membuat penilaian kendiri ke atas pencapaian mereka sendiri.
  
Aktiviti Kumpulan Dan Kelas 
1.Murid boleh dikelompokkan di dalam kumpulan berpencapaian yang sama ataupun
   berbeza
2.Bertujuan menggalakkan penglibatan individu dalam kumpulan
3.Pemulihan (murid membantu ahli kumpulan yang lemah)
4.Memudahkan guru memberi tumpuan bagi kumpulan yang sama kebolehan
  
Jenis Dan Bentuk Kumpulan 
Kumpulan mengikut kebolehan
Kumpulan pelbagai kebolehan
Kumpulan mengikut minat
  
Kelebihan Aktiviti dalam bilik darjah: 
1.Mudah mengawal pergerakan murid
2.Penggunaan alat/bahan yang                      
    optimum
3.Banyak sumber rujukan
4.Penggunaan teknologi ICT (TMK).
5.Tiada kekangan faktor cuaca dan
    masa.
6.Masa P&P yang panjang.
  
Kelebihan Aktiviti luar bilik darjah: 
1.Murid lebih teruja berkarya
2.Karya lebih berkualiti
3.Lebih merangsang percambahan idea
4.Dapat melihat dan menyentuh objek maujud.
5.Jarak antara murid lebih selesa
6.Lokasi lebih mudah dikemaskan selepas P&P.
7.Meningkatkan kreativiti guru dalam perancangan.
   (Sebelum, semasa dan selepas P&P)




TAJUK 6


PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR


PENGENALAN 
    Meliputi reka bentuk dan proses menyediakan bahan bantu sumber pengajaran dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan, penyimpanan dan rekod stok, panduan keselamatan serta etika dan tanggungjawab.
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar adalah untuk membantu guru, mengenalpasti dan mengaplikasikan bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif.
Buat pertimbangan asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan bahan bantu mengajar agar P&P lebih berkesan.


KERANGKA KONSEP


 REKABENTUK DAN PROSES PENYEDIAAN BBM / BBB 
Senaraikan alat dan bahan bantu
Pilih alat/bahan yang difikirkan menarik
Tambahbaikkan (jika perlu)
Fikirkan: Adakah BBM/BBB dapat menjelaskan konsep, menarik, merangsang minda dan deria murid, hubungan idea lama/baru, jimat masa, atau menjana idea murid.


PROSEDUR MENGGUNA DAN MENYIMPAN ALAT/BAHAN 
Beri penerangan yang mudah difahami murid agar bahan/alat tidak rosak dan tahan lebih lama. (Contoh: Berus mesti dibersihkan betul-betul sebelum disimpan)
Tunjukkan cara penggunaan yang betul. (Cara mewarna, memotong, menggunting, memegang, memanaskan dsb)
  
PENYIMPANAN DAN REKOD STOK 
1. Senaraikan bahan yang diperlukan
2. Buat perolehan alat/bahan daripada
    pembekal/sekolah (Nota minta).
3. Semak dan sahkan penerimaannya.
4. Buat inventori dalam buku stok
5. Dicadangkan dua buah buku stok :
                        i.  Rekod alat/bahan yang ada 
                        ii. Rekod barang habis guna
6. Rekodkan pergerakan alat/bahan (KEW.PA-6)

 CONTOH NOTA MINTA.



CONTOH INVENTORI 


  
CONTOH BORANG KEW.PA-6 


 STOK 
1. Dijalankan pada akhir setiap tahun
2. Sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian alat dan bahan hendaklah dilaporkan
    kepada pihak sekolah.
3.Setiap satu item alat / bahan kekal atau tidak kekal hendaklah dicatatkan dalam satu
   borang bagi satu item.  Jika ada penambahan stok, boleh diisi di dalam borang  
   berkenaan sahaja.

 CONTOH ALAT DAN BAHAN 
Cecair tinner
Fabric Dye
Kertas warna
Carta PSV
Berus Lukisan
  
PANDUAN KESELAMATAN 
1.Sediakan panduan keselamatan dan terangkan kepada murid.
2.Alat/bahan berbahaya disimpan di tempat tinggi atau berkunci (sukar dicapai murid).
3.Kenal pasti murid yang bermasalah  kesihatan.
4.Contoh: Guru memberi taklimat dan demonstrasi cara-cara menghasilkan batik lukis.
5.Baca label bahan dengan teliti.
6.Gunakan pengalaman guru untuk menggunakan bahan / alat secara paling baik.

 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB 
1.Menentukan kecukupan semua bekalan alat/bahan.
2.Berbincang dengan pihak sekolah mengenai penambahan item baru (jika perlu).
3. Sentiasa dedahkan kepada murid tentang sejarah/teknik pelukis tersohor
    menggunakan kecanggihan TMK.
4.Menentukan alat/bahan mencukupi
5.Berbincang dan menyediakan senarai alat/bahan untuk dibeli oleh pihak sekolah.
6.Bahan audio dan video boleh digunakan untuk meningkatkan pemahaman murid-
   murid.
  
RUMUSAN
1.  Guru PSV bertanggungjawab mengetahui  dan memahami rekabentuk dan
      proses menyediakan bahan sumber  P&P.
2.  Guru arif tentang prosedur  mengguna dan menyimpan alat  serta merekod stok.
3.  Guru mesti sentiasa bertindak bijak semasa menggunakan alat/bahan.
4.   Utamakan keselamatan. Pastikan murid-murid bekerja berdasarkan arahan guru.





















No comments:

Post a Comment