Cari

Wednesday 12 September 2012

APRESIASI SENI


Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandaitukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, caramereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya danstail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif.Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadapsesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dankebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.
 
Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan“logical operation such as defining, valuing and explaining”Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seniberanggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran danteknik menghasilkan karya seni sahaja.
 
Menurut Chapman (1978), “if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny itsvalue and character”.  Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.

Macfee (1961)  menegaskan bahawa“…every culture, differences in value and belief are expressed through language an artforms such as dress, architecture an decoration…”Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karyaseni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh.Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasidengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuanmengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

No comments:

Post a Comment